KimchiDaily Forum
Masuk | Daftar
  • Kembali ke KimchiDaily.my
Masuk
Username:
Password:
Kehilangan Password?
 
KimchiDaily Forum › Front Desk › Peraturan KCD Forum
Pengumuman Forum

Pengumuman Forum:PERATURAN FORUM KCD
admin Offline
Administrator
*******
Posting: 0
Threads: 0
Bergabung: Sep 2022
06-10-2022, 11:33 AM
Tiada kata-kata kasar
- Kesemua jenis kata-kata cacian adalah dilarang. Sila berkongsi pendapat dan berbincang dengan berhemah.

Tiada diskriminasi atau kandungan membuli
- Mesej kasar atau penuh kebencian, mengacau ahli lain serta membuli adalah dilarang sama sekali. Jika ianya berterusan, akaun anda akan ditutup serta-merta.

Tiada kandungan menyakitkan hati
- Apa-apa kandungan seksual dan juga mempromosikan aktiviti tidak sah di sisi undang-undang adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Komen dengan berhemah
- Apa yang dikongsikan anda tidak berada di bawah tanggungjawab kami. Sila fikir dahulu sebelum meninggalkan komen mahupun ketika membuka ruang forum baru.

Tiada iklan atau spam
- Pengiklanan iklan lain, produk, perkhidmatan atau pun meminta derma tidak dibenarkan. Sekiranya mahu mengiklankan kempen dengan www.kimchidaily.my, sila hubungi [email protected]

Buka hanya satu akaun
- Membuka pelbagai akaun dalam satu masa akan menyebabkan kesemua akaun sampingan itu ditutup serta-merta. Malah akaun utama juga berada dalam risiko ditutup secara paksa.

Jangan spam artikel
- Untuk satu topik, sila pos di di forum berkaitan sahaja.

Guna tag *spoiler
- Sekiranya anda mahu masukkan lebih dari 3 gambar atau gif, sila letakkan tag spoiler. Ianya bagi melancarkan perubahan antara laman dan membantu pengalaman pengguna.

Atas tapisan moderator
- Moderator berhak menutup mana-mana diskusi yang melanggar peraturan telah ditetapkan.
Sekiranya berasa kandungan anda tidak melanggar apa-apa peraturan, sila hubungi moderator untuk perbincangan lanjut.

Guna butang ‘report’ sewajarnya
- Pengguna yang kerap menggunakan butang ‘report’ tanpa alasan yang kukuh akan disekat daripada memasuki forum untuk suatu tempoh yang dirasakan wajar.
Temukan
  • Hubungi Kami
  • KimchiDaily Forums
  • Kembali Ke Atas
  • Mode Lite (Arsip)
  • Tandai Semua Forum Baca
Waktu Saat Ini: 20-05-2025, 07:26 PM 2025 © Nara Media Sdn Bhd (1040059-W). All Rights Reserved.Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia (1252413-W).