KimchiDaily Forum

Versi Penuh: Terlampau Sibuk, Park Seojoon Nampak Penat?
Anda sedang melihat paparan versi penjabaran ke bawah dari konten kami. Lihat paparan versi penuh dengan format yang lebih baik.
Sudah lama tidak kembali dengan naskhah baru, 2023 ini akan menjadi tahun yang sibuk buat Park Seo-joon.

Bagi yang belum tahu, Park Seo-joon akan terlibat dengan 5 projek berbeza pada tahun ini iaitu filem "Dream", "Concrete Utopia", "The Marvels", rancangan "Seojin's" dan drama "Gyeongseong Creature".

Terbaru pada 21 Mei, pelakon lelaki itu telah memuat naik beberapa foto baru di Instagram peribadinya, di mana Park Seo-joon ada berkongsi sekilas kehidupan sehariannya pada waktu ini.

Menarik perhatian, dalam beberapa gambar, lelaki itu menunjukkan ekspresi keletihan dan dilihat sedang tidur sambil menunggu makanan siap. Manakala dalam gambar yang lain, pelakon "Itaewon Class" itu memaparkan wajah letih dengan misai dan janggut yang semakin banyak.

Park Seo-joon sentiasa jaga kesihatan ok!

Sumber: Herald POP