KimchiDaily Forum

Versi Penuh: "Menakjubkan.." - Song Kang Beri 'Hint' Untuk Musim Ke-2 'Sweet Home'
Anda sedang melihat paparan versi penjabaran ke bawah dari konten kami. Lihat paparan versi penuh dengan format yang lebih baik.
Mempunyai pengakhiran tergantung untuk musim pertama, pasti ramai yang menantikan musim seterusnya drama "Sweet Home".

Baru-baru ini, Song Kang telah tampil di saluran YouTube Arena Homme Plus, di mana pelakon itu ada berkongsi mengenai beberapa perkara. Khususnya, mengenai "Sweet Home 2", Song Kang menambah keterujaan penonton dengan memberi sedikit 'hint',

Sesuatu yang sangat menakjubkan akan keluar.

Kemudian, pelakon lelaki itu turut berkongsi bahawa dia tidak makan banyak semasa penggambaran,

Apabila trak makanan datang ke set, saya tidak makan banyak semasa penggambaran. Bila dah kenyang, saya tak boleh nak fokus sebab rasa kembung.

Untuk pengetahuan, musim pertama “Sweet Home” menceritakan tentang kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat bernama Green Home, dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.

Sama-sama kita nantikan tayangan musim ke-2 "Sweet Home"!  Smile

[Gambar: Fxce-l8acAA8dAr?format=jpg&name=medium]

Sumber: Sports Seoul