KimchiDaily Forum

Versi Penuh: Song Jaerim & Kim Soeun Bercinta?
Anda sedang melihat paparan versi penjabaran ke bawah dari konten kami. Lihat paparan versi penuh dengan format yang lebih baik.
Tak semena-mena, Song Jae-rim dan Kim So-eun sekali lagi terpalit dengan gosip cinta.

Terbaru, ramai yang kembali sangsi dengan hubungan sebenar kedua-dua pelakon itu apabila mereka ditangkap memuat naik gambar 'ros' seakan sama di Instagram Story.

[Gambar: 67XS2A36F2ZUA3A5GZV4ZVMOMQ.jpg]

Walau bagaimanapun, balas agensi Song Jae-rim, "Saya dengar yang mereka tak berjumpa dengan satu sama lain sejak terserempak di Jepun dahulu."

Respon agensi Kim So-eun pula, "Memang benar mereka rapat. Kami dengar mereka sering menghubungi satu sama lain. Hanyalah kebetulan mereka memuat naik gambar bunga yang sama."

Sebelum ini, Song Jae-rim dan Kim So-eun pernah disyaki bercinta apabila dilihat meluangkan masa bersama di Jepun. Namun mereka dikatakan hanya terjumpa tanpa sengaja semasa bercuti di sana.

Banyak kali sangat kebetulan ni..