KimchiDaily Forum

Versi Penuh: Lee Minho, Ahn Hyoseop, Chae Soobin & Shin Seungho Dilamar Terajui Filem Baru
Anda sedang melihat paparan versi penjabaran ke bawah dari konten kami. Lihat paparan versi penuh dengan format yang lebih baik.
Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat 4 pelakon hebat ini bergandingan dalam sebuah filem!

BACA: Lee Minho & Ahn Hyoseop Dilamar Terajui Filem Fantasi ‘Omniscient Reader’s Viewpoint’

Terbaru, Shin Seung-ho dilapor telah menerima tawaran untuk membintangi filem "Omniscient Reader's Viewpoint" dan sedang dalam perbincangan kini.

Sebelum ini, Lee Min-ho, Ahn Hyo-seop dan Chae Soo-bin turut ditawar untuk terajui filem yang sama dan juga sedang menelitinya secara positif.

Untuk pengetahuan, "Omniscient Reader's Viewpoint" adalah filem berdasarkan novel web, yang akan mengikuti kisah Kim Dok-ja (Ahn Hyo-seop) yang dunianya tiba-tiba berubah menjadi novel web yang dibaca.

[Gambar: FxmXQlFagAE4WDy?format=jpg&name=medium]

Jika Shin Seung-ho menerima tawaran ini, dia akan membawa watak sebagai Lee Hyun-sung, watak sokongan dalam novel yang dibaca Kim Dok-ja.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai filem ini!

Sumber: Sports Chosun