KimchiDaily Forum

Versi Penuh: Peminat Risau Lihat Keadaan Cha Eunwoo Kini
Anda sedang melihat paparan versi penjabaran ke bawah dari konten kami. Lihat paparan versi penuh dengan format yang lebih baik.
Lebih sebulan pemergian mendiang Moonbin dari kumpulan ASTRO sepertinya masih ramai lagi yang terkesan dengan kehilangan itu.

Terbaru, Cha Eunwoo tampil berpakaian serba hitam ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon bagi berlepas ke Paris untuk menghadiri sebuah acara fesyen mewah.

Pun begitu, ramai yang perasan bahawa lelaki itu kelihatan sedikit kurus sedikit kini. Dengan rambut sudah mencapai paras bahu, visualnya nampak semakin 'sharp' dek perubahan fizikal itu.

[Gambar: cha-eun-woo-2-0606232.webp]

Rata-rata peminat meluahkan rasa risau dan berharap agar Cha Eunwoo menjaga dirinya. Mungkin kerana jadual yang padat, ahli ASTRO itu tiada kesempatan berehat panjang.

Semoga kuat Cha Eunwoo..