KimchiDaily Forum

Versi Penuh: Oh Jungse Dilamar Terajui Drama Perundangan 'The Return Of Kwon Baek'
Anda sedang melihat paparan versi penjabaran ke bawah dari konten kami. Lihat paparan versi penuh dengan format yang lebih baik.
Walaupun sibuk dengan drama 'Reverant' bersama Kim Tae-ri kini, namun satu tawaran lain telah mengetuk pintu rezeki Oh Jung-se.

Khabarnya, lelaki dengan bakat lakonan hebat itu dilamar menerajui drama perundangan bertajuk "The Return Of Kwon Baek". Menurut laporan media, Oh Jung-se sedang dalam proses menyusun jadual bagi menerima tawaran itu.

Untuk pengetahuan, drama bilik perbicaraan ini ialah antara siri yang diumumkan sebagai salah satu naskhah yang akan dihasilkan oleh syarikat produksi Raemongraein.

[Gambar: 12.jpg?type=w800_q75]

Siapa yang meminati K-Drama, pastinya mengetahui bahawa Oh Jung-se pernah berlakon dalam pelbagai siri popular seperti "Stove League", "It's Okay To Not Be Okay", "Model Detective", "Uncle", "Touch Your Heart" dan banyak lagi.

Nantikan perkembangan lanjut drama ini.

Sumber: SPOTV News