KimchiDaily Forum

Versi Penuh: Jennie BLACKPINK Minta Maaf Kepada Peminat, Tapi Untuk Apa?
Anda sedang melihat paparan versi penjabaran ke bawah dari konten kami. Lihat paparan versi penuh dengan format yang lebih baik.
Baru-baru ini, Jennie BLACKPINK telah meminta maaf secara peribadi kepada peminat di laman Instagramnya.

Bagi yang belum tahu, pada hujung minggu lalu, Jennie secara tiba-tiba telah meninggalkan pentas di pertengahan konsert di Melbourne, dek kesihatannya yang tidak mengizinkan pada hari kedua.

Pada hari yang sama, YG Entertainment mengumumkan bahawa keadaan Jennie semakin merosot semasa sedang membuat persembahan dan tidak dapat meneruskan konsert itu sehingga tamat.

Terbaru pada 13 Jun, ahli BLACKPINK itu telah mengeluarkan kenyataan maaf kepada peminat dengan menulis,

Melbourne Blinks yang tersayang, saya minta maaf kerana tidak dapat menghabiskan konsert itu pada hari Ahad. Saya sedang melakukan yang terbaik untuk pulih pada masa ini. Pemahaman dan sokongan anda amat bermakna bagi saya. Terima kasih kepada semua yang hadir ke konsert Melbourne kami. Sayang awak semua.

[Gambar: Fyiu8UEaAAA6ja5?format=jpg&name=medium]

Semoga cepat sihat Jennie!

Sumber: Newsis