KimchiDaily Forum

Versi Penuh: Pasangan Bahagia, Kim Woobin & Shin Minah Pergi Tengok Wayang Bersama
Anda sedang melihat paparan versi penjabaran ke bawah dari konten kami. Lihat paparan versi penuh dengan format yang lebih baik.
Sukanya tengok pasangan bahagia Kim Woo-bin dan Shin Min-ah kan?

Baru-baru ini, Kim Woo-bin dan Shin Min-ah telah menghadiri tayangan perdana VIP untuk filem "Live Stream" yang diadakan di Lotte Cinema, Universiti Konkuk.

Khususnya di Instagram Story, pelakon lelaki itu ada berkongsi foto yang diambil ketika di dalam dewan pawagam, memberi sokongan buat para pelakon. Sama juga dengan Shin Min-ah yang turut memberikan sokongan dengan menulis di laman Instagramnya,

'Live Stream' fighting!

Meskipun tiada gambar mereka berdua bersama, netizen tetap seronok melihat pasangan itu menghadiri acara yang sama.

[Gambar: FypLZbSakAAb24Q?format=jpg&name=medium]

Sementara itu, "Live Stream" yang diterajui Park Sung-woong dan Park Sun-ho, mengikuti penerbit Dong-joo, yang mengetahui bahawa teman wanitanya telah disiarkan secara langsung melalui pautan yang diterima secara tidak sengaja. Untuk menghentikannya, dia telah berhadapan dengan seorang lelaki misteri dalam kamera tersembunyi.

Nantikan pada 28 Jun ini!

Sumber: Newsen