KimchiDaily Forum

Versi Penuh: Kim Gunwoo Dilamar Bergandingan Bersama Kim Goeun Dalam 'Eunjung & Sangyeon'
Anda sedang melihat paparan versi penjabaran ke bawah dari konten kami. Lihat paparan versi penuh dengan format yang lebih baik.
Adakah Kim Gun-woo bakal bergandingan dengan Kim Go-eun dalam sebuah drama baru?

Untuk pengetahuan, "Eunjung & Sangyeon" mengisahkan tentang seorang penulis skrip drama dan penerbitan filem, serta dua sahabat zaman kanak-kanak yang dipisahkan namun bersatu kembali selepas mereka dewasa.

Menurut laporan media, Kim Gun-woo dilamar membawa watak Kim Sang-hak yang mencintai kamera lebih dari segalanya dan popular dengan semua orang kerana personaliti baiknya. Semasa di kolej, dia bertemu dengan Eun-jung di kelab dan kembali bertemu wanita itu semasa dewasa sebagai seorang pakar sinematografi.

Dalam pada itu, pelakon lain yang turut menerima tawaran dari drama ini ialah Kim Go-eun dan Park Ji-hyun.

Nantikan berita lanjut mengenai drama ini.

Sumber: XSports News