KimchiDaily Forum

Versi Penuh: Jadi Rebutan Kini, Kim Jieun Dilamar Terajui Drama Thriller 'Branding In Seungsudong'
Anda sedang melihat paparan versi penjabaran ke bawah dari konten kami. Lihat paparan versi penuh dengan format yang lebih baik.
Nampaknya, Kim Ji-eun telah menerima banyak tawaran untuk terajui sebuah drama kini.

Terbaru pada 21 Jun, Kim Ji-eun dilapor telah menerima tawaran untuk terajui drama thriller percintaan pejabat baru berjudul "Branding in Seungsudong". Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon dengan menyatakan,

Kim Ji-eun telah menerima dan meneliti tawaran untuk muncul dalam 'Branding in Seungsudong'.

Untuk pengetahuan, "Branding in Seungsudong" akan menggambarkan tentang apa yang berlaku apabila seorang wanita eksekutif pemasaran berdarah dingin dan seorang pelatih mesra yang mengubah jiwa mereka selepas berciuman.

[Gambar: FzIaNbraMAE49yG?format=jpg&name=medium]

Selain itu, Kim Ji-eun juga telah ditawar untuk memainkan watak sebagai Kang Na-eon, ketua termuda dalam pasukan pemasaran berumur 33 tahun.

Nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!

Sumber: Newsen