KimchiDaily Forum

Versi Penuh: Diterajui Namgoong Min & Ahn Eunjin, 'Lovers' Tayang Ogos Ini
Anda sedang melihat paparan versi penjabaran ke bawah dari konten kami. Lihat paparan versi penuh dengan format yang lebih baik.
Siapa dah lama tak menunggu drama terbaru Namgoong Min dan Ahn Eun-jin?

Menurut laporan media Korea, "Lovers" disahkan bakal menemui penonton pada 4 Ogos ini di MBC.

"Lovers" membawa kisah pasangan bercinta yang tercampak dalam kekalutan Peperangan Imjin. 

[Gambar: ahn-eunjin-namgoong-min.jpg]

Namgoong Min akan membawa watak Lee Jang-hyun, seorang lelaki yang tak kisahkan apa-apa hingga dia bertemu seorang wanita dan membuka pintu dengan takdir tak dijangka. Ahn Eun-jin diberikan tanggungjawab melakonkan watak Yoo Gil-chae, seorang wanita yang membesar dengan baik dalam keluarga bangsawan tapi mulai matang apabila meratapi lelaki dalam perang itu.

Nantikan!

Sumber: OSEN