KimchiDaily Forum

Versi Penuh: Diterajui Park Seojoon & IU, Filem 'Dream' Bakal Tayang Di Netflix
Anda sedang melihat paparan versi penjabaran ke bawah dari konten kami. Lihat paparan versi penuh dengan format yang lebih baik.
Ada berita gembira buat peminat yang ingin tonton filem "Dream"!

Bagi yang belum tahu, "Dream" yang diterajui IU dan Park Seo-joon, membawa kisah sekumpulan orang yang cuba untuk bertanding di Piala Dunia Gelandangan, iaitu acara bola sepak antarabangsa tahunan.

Untuk pengetahuan, filem tersebut telah ditayangkan pada 26 April lalu di Korea Selatan dan kini akan boleh ditonton di Malaysia menerusi laman Netflix pada 25 Julai nanti.

Selain IU dan Park Seo-joon, pelakon hebat lain yang akan turut membintangi filem ini adalah Lee Hyun-woo, Kang Ha-neul, Jung Seung-kil, Heo Joon-seok dan ramai lagi.

[Gambar: FzrW-n_aIAAEQ2e?format=jpg&name=medium]

Jangan lupa tonton tau nanti!

Sumber: Twitter