KimchiDaily Forum

Versi Penuh: Gong Myung Dilamar Sertai So Jisub Dalam Drama Adaptasi Webtoon 'Plaza Wars'
Anda sedang melihat paparan versi penjabaran ke bawah dari konten kami. Lihat paparan versi penuh dengan format yang lebih baik.
Selepas selesai menjalani khidmat ketenteraan, Gong Myung akan kembali menemui penonton dalam dunia K-Drama!

Terbaru pada 4 Julai, agensi Gong Myung mengumumkan bahawa pelakon itu telah menerima tawaran untuk muncul dalam drama "Plaza Wars" dan sedang menelitinya secara positif kini.

Sebelum ini, So Ji-sub juga telah ditawar untuk terajui drama yang sama dan masih dalam perbincangan.

Untuk pengetahuan, "Plaza Wars" adalah drama berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, mengisahkan mengenai dua organisasi yang terselamat dari pertempuran ketuanan di Seoul, di hadapan Plaza Perhimpunan Kebangsaan, Yeouido.

[Gambar: F0LSmKHaMAAHfa9?format=jpg&name=medium]

Sementara itu, Gong Myung baru sahaja menamatkan khidmat tenteranya pada bulan lalu, selepas 1 tahun 6 bulan.

Selamat kembali Gong Myung!

Sumber: OSEN