KimchiDaily Forum

Versi Penuh: Rowoon & Cho Yihyun Sah Terajui Drama Bersejarah 'The Wedding Battle'
Anda sedang melihat paparan versi penjabaran ke bawah dari konten kami. Lihat paparan versi penuh dengan format yang lebih baik.
Siap sedia semua untuk tonton gandingan antara Rowoon dan Cho Yi-hyun dalam sebuah drama!

Terbaru, KBS telah mengumumkan Rowoon dan Cho Yi-hyun sebagai pelakon utama dalam drama fiksyen sejarah baru berjudul "The Wedding Battle". 

Untuk pengetahuan, "The Wedding Battle" adalah kisah percintaan komedi semasa dinasti Joseon. Ia mengisahkan tentang pertemuan antara janda muda Jung Soon-deok dan duda muda Shim Jung-woo, serta perjuangan yang dilalui oleh mereka untuk mengahwini empat gadis muda yang mewakili Joseon.

Dalam drama ini, Rowoon akan membawa watak sebagai Shim Jung-woo, yang bernasib malang dalam kerjaya dan perkahwinan, akibat kematian seorang puteri semasa majlis perkahwinan.

Seterusnya Cho Yi-hyun, akan tampil sebagai Jung Soon-seok, menantu kedua keluarga kepada naib perdana menteri pertama. Dia menjalani kehidupan sebagai Puan Yeo-joo, iaitu pencari jodoh terbaik di Hanyang City.

[Gambar: F0PbU-waYAE47W_?format=jpg&name=medium]

Sementara itu, "The Wedding Battle" telah dijadualkan untuk tayang pada Oktober 2023 ini. Sama-sama kita nantikan!

Sumber: Sports Donga