KimchiDaily Forum

Versi Penuh: Dari Penerbit 'Hospital Playlist', Go Younjung Dilamar Sertai Drama Baru
Anda sedang melihat paparan versi penjabaran ke bawah dari konten kami. Lihat paparan versi penuh dengan format yang lebih baik.
Go Youn-jung ada drama barulah! 

Terbaru, media Korea melaporkan Go Youn-jung telah dilamar untuk terajui sebuah drama baru dari penerbit drama "Hospital Playlist" dan siri "Reply".

Sebagai respon, agensi pelakon itu berkata, 

Memang benar Go Youn-jung telah mengadakan pertemuan dengan pasukan produksi, tetapi tiada apa yang diputuskan lagi.

Sebelum ini, tvN mengumumkan bahawa penerbit Shin Won-ho akan mencipta drama baharu sebagai pengarah dan uji bakat sedang dijalankan.

Untuk maklumat, drama akan datang oleh penerbit Shin Won-ho dilaporkan sebagai projek baharu yang mengikuti naratif siri "Hospital Playlist". Walau bagaimanapun, tiada apa-apa mengenai cerita dan pelakon telah disahkan lagi.

Sama-sama kita nantikan!

[Gambar: F0P2ogvaMAAkTHH?format=jpg&name=large]
Sumber: Newsen