KimchiDaily Forum

Versi Penuh: 'FML' SEVENTEEN Jadi Album Korea Pertama Dalam Sejarah Lepasi 6 Juta Jualan
Anda sedang melihat paparan versi penjabaran ke bawah dari konten kami. Lihat paparan versi penuh dengan format yang lebih baik.
Nampaknya, SEVENTEEN telah mencipta sejarah baru sebagai kumpulan K-Pop!

Terbaru menurut kemas kini Circle Chart untuk minggu dari 25 Jun hingga 1 Julai, album ke-10 SEVENTEEN "FML" telah mencatat jualan sebanyak 6,233,008, kira-kira 2 bulan selepas ianya dikeluarkan pada April lalu.

Dengan ini, "FML" merupakan album muzik Korea pertama dalam sejarah yang telah melepasi lebih 6 juta jualan, sekaligus menjadikan ia sebagai album Korea terlaris sepanjang zaman.

Sementara itu, untuk minggu ini, "FML" telah menduduki di tempat ke-198 dalam carta 'Billboard 200' dan turut memasuki carta album itu untuk minggu ke-9 berturut-turut.

[Gambar: F0VdRdJakAAq8bb?format=jpg&name=medium]

Tahniah SEVENTEEN!

Sumber: Sports Kyunghyang