KimchiDaily Forum
Kim Seonho Akan Kembali Ke Rancangan Hiburan - Versi Cetak

+- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my)
+-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html)
+--- Forum: Misc (https://forum.kimchidaily.my/forum-9.html)
+--- Thread: Kim Seonho Akan Kembali Ke Rancangan Hiburan (/thread-139.html)



Kim Seonho Akan Kembali Ke Rancangan Hiburan - Fannie - 23-05-2023

Siap sedia semua, Kim Seon-ho akan kembali menemui peminat dalam rancangan hiburan!

Terbaru pada 23 Mei, Kim Seon-ho dilapor akan muncul dalam ''Gym Jongkook", sebuah program di YouTube yang dihoskan oleh Kim Jong-kook. Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon, mengesahkan mengenai laporan berkenaan.

Bagaimanapun, tarikh penggambaran serta waktu episod bakal ditayangkan tersebut masih dalam perbincangan kini.

Untuk pengetahuan, "Gym Jongkook" adalah program hiburan web di mana Kim Jong-kook akan berborak dan melakukan senaman bersama tetamu, serta berkongsi pelbagai cerita.

Menarik perhatian, ini juga adalah penampilan pertama Kim Seon-ho dalam program hiburan, setelah kira-kira dua tahun. 

Nantikan!

Sumber: Xports News