KimchiDaily Forum
tvN Tak Pasti Tarikh Tayangan 'Arthdal Chronicles 2' - Versi Cetak

+- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my)
+-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html)
+--- Forum: K-Drama (https://forum.kimchidaily.my/forum-4.html)
+--- Thread: tvN Tak Pasti Tarikh Tayangan 'Arthdal Chronicles 2' (/thread-140.html)



tvN Tak Pasti Tarikh Tayangan 'Arthdal Chronicles 2' - suho-sari - 23-05-2023

Selepas pelbagai khabar angin, akhirnya tvN membuka mulut mengenai siaran musim kedua 'Arthdal Chronicles'.

Khabarnya, drama fantasi itu akan bersiaran pada September ini menerusi slot tayangan Sabtu-Ahad di saluran kebal itu.

Respon tvN mengenai khabar angin ini,

Kutipan:Kami merancang untuk menayangkan 'Arthdal Chronicles 2' pada separuh kedua ini.

[Gambar: arthdal-chronicles-2-tvn-studio-dragon.jpg]

Dalam pada itu, “Arthdal Chronicles” adalah sebuah naskhah epik tentang adiwira yang membina legenda sendiri dalam tanah mistik Arth. Untuk musim kali ini,  Lee Jun-ki akan membawa watak Eun-seom, Jang Dong-gun sebagai Ta-gon, Shin Se-kyung pula sebagai Tanya dan Kim Ok-bin akan menghidupkan watak Tae Al-ha.

Semasa musim pertamanya, drama itu merekodkan rating yang rendah berbanding jangkaan dek beberapa kritikan melibatkan plot yang kurang meyakinkan dan tuduhan plagiat. Walaupun melalui sedikit kesukaran, namun ianya tetap dipilih untuk mendapat sambungan baru.
Nantikan kemas kini lain mengenai siri ini.

Sumber: E-Daily