KimchiDaily Forum
Song Joongki Disokong Isteri Di Cannes Film Festival - Versi Cetak

+- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my)
+-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html)
+--- Forum: Misc (https://forum.kimchidaily.my/forum-9.html)
+--- Thread: Song Joongki Disokong Isteri Di Cannes Film Festival (/thread-149.html)



Song Joongki Disokong Isteri Di Cannes Film Festival - Fannie - 25-05-2023

Sibuk dengan pelbagai projek kini, Katy Louise Saunders pastinya sering memberi sokongan buat suaminya, Song Joong-ki.

Terbaru, Song Joong-ki telah menghadiri Festival Filem Cannes ke-76, menjelang tayangan perdana filemnya "Hopeless", bersama pelakon lain seperti Hong Sa-bin dan Bibi.
 
Selepas acara itu, pelakon lelaki tersebut telah terlibat dengan satu temu bual khas dan turut ditemani isterinya, di sebuah hotel di Cannes. Katy, yang berada di bulan terakhir kehamilannya turut dilaporkan mengembara dari Rom selepas memastikan kesihatannya terkawal sehari sebelumnya.

Ketika sesi temu bual, Song Joong-ki juga ada berkongsi bahawa dia sedang memberikan sepenuh perhatian kepada isteri dan anaknya yang bakal lahir bulan depan. 

Semoga sentiasa sihat Katy!

[Gambar: Fw9gIYvaAAAG41J?format=jpg&name=medium]

Sumber: Twitter