![]() |
Kalahkan Ma Dongseok & Song Joongki, Son Sukku Pelakon Filem Popular Mei Ini - Versi Cetak +- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my) +-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html) +--- Forum: Misc (https://forum.kimchidaily.my/forum-9.html) +--- Thread: Kalahkan Ma Dongseok & Song Joongki, Son Sukku Pelakon Filem Popular Mei Ini (/thread-155.html) |
Kalahkan Ma Dongseok & Song Joongki, Son Sukku Pelakon Filem Popular Mei Ini - Fannie - 29-05-2023 Selain drama, industri hiburan Korea turut dikenali dengan filem-filem mereka yang hebat! Terbaru, Institut Penyelidikan Perniagaan Korea telah mendedahkan kedudukan reputasi jenama bulan ini untuk pelakon filem. Untuk pengetahuan, kedudukan tersebut ditentukan melalui analisis liputan media, interaksi dan penyertaan pengguna untuk 50 bintang filem popular, menggunakan data besar yang dikumpul dari 29 April hingga 29 Mei. Tahniah! Son Suk-ku berjaya mendahului senarai bulan ini dengan indeks reputasi jenama sebanyak 7,088,816. Khususnya, nama pelakon itu paling banyak dikaitkan dengan kata kunci termasuk 'Anugerah Seni Baeksang', 'model', 'seksi' dan banyak lagi. Seterusnya diikuti dengan Song Joong-ki di tempat kedua dengan indeks reputasi jenama 6,229,237, serta Ma Dong-seok berada di tempat ketiga dengan indeks sebanyak 4,646,599. Berikut adalah Top 30 senarai pelakon filem popular untuk bulan Mei:
Tahniah semua! Sumber: Beyond Post |