KimchiDaily Forum
Mino WINNER Dampingi Adiknya Di Hari Perkahwinan - Versi Cetak

+- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my)
+-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html)
+--- Forum: Gossip (https://forum.kimchidaily.my/forum-6.html)
+--- Thread: Mino WINNER Dampingi Adiknya Di Hari Perkahwinan (/thread-156.html)



Mino WINNER Dampingi Adiknya Di Hari Perkahwinan - suho-sari - 29-05-2023

Seronoklah lihat hubungan akrab antara Song Mino dan adiknya, Song Danah.

Terbaru, ahli WINNER itu dilihat mendampingi adik perempuannya itu sepanjang perkahwinannya memandangkan ayah mereka baru sahaja meninggal dunia beberapa bulan lalu.

Nyata meruntun hati, Mino tampil tersenyum gembira dan menahan air mata sambil memaut lengan Song Danah.

https://twitter.com/OnlyLookAtMino/status/1662742845508452354

Jelas YG Entertainment mengenai kebebasan Mino untuk menghadiri acara itu meskipun sedang menjalani perkhidmatan ketenteraan kini,


Kutipan:Kami tahu Song Mino menerima cuti khas (dari ketenteraan) kerana perkahwinan ahli keluarga. Untuk acara keluarga yang penting, awak dibenarkan hingga ke luar negara meskipun sedang berkhidmat.

Semoga berbahagia.