KimchiDaily Forum
Hanya Berselipar & Tanpa 'Bodyguard', Penampilan Lisa BP Di Thailand Jadi Perhatian - Versi Cetak

+- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my)
+-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html)
+--- Forum: Misc (https://forum.kimchidaily.my/forum-9.html)
+--- Thread: Hanya Berselipar & Tanpa 'Bodyguard', Penampilan Lisa BP Di Thailand Jadi Perhatian (/thread-168.html)



Hanya Berselipar & Tanpa 'Bodyguard', Penampilan Lisa BP Di Thailand Jadi Perhatian - Fannie - 01-06-2023

Umum pasti mengetahui bahawa Lisa BLACKPINK merupakan seorang selebriti popular dari Thailand.

Baru-baru ini, Lisa bersama ibunya dilihat sedang mengunjung sebuah pasar bunga terkenal di Pak Khlong Talat, Thailand, selepas menamatkan konsert BLACKPINK pada minggu lepas.

Selepas konsert mereka selesai, wanita itu nampaknya sedang seronok meluangkan masa lapangnya bersama keluarga di negara kelahirannya.

Khususnya, penampilan santai idola itu dengan hanya berselipar dan tidak ditemani pengawal peribadi, telah meraih perhatian orang ramai memandangkan Lisa merupakan seorang superstar.

Sementara itu, peniaga kedai bunga tersebut turut mengesahkan bahawa kehadiran Lisa telah meninggalkan kesan hebat serta-merta, apabila orang ramai secara beransur-ansur datang membeli bunga di kedai yang sama selepas itu.

[Gambar: FxhlgDraYAAFy4T?format=jpg&name=medium]

Lisa macam mana pun tetap cantik!

Sumber: Twitter