![]() |
Lee Minho, Ahn Hyoseop, Chae Soobin & Shin Seungho Dilamar Terajui Filem Baru - Versi Cetak +- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my) +-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html) +--- Forum: Misc (https://forum.kimchidaily.my/forum-9.html) +--- Thread: Lee Minho, Ahn Hyoseop, Chae Soobin & Shin Seungho Dilamar Terajui Filem Baru (/thread-169.html) |
Lee Minho, Ahn Hyoseop, Chae Soobin & Shin Seungho Dilamar Terajui Filem Baru - Fannie - 02-06-2023 Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat 4 pelakon hebat ini bergandingan dalam sebuah filem! BACA: Lee Minho & Ahn Hyoseop Dilamar Terajui Filem Fantasi ‘Omniscient Reader’s Viewpoint’ Terbaru, Shin Seung-ho dilapor telah menerima tawaran untuk membintangi filem "Omniscient Reader's Viewpoint" dan sedang dalam perbincangan kini. Sebelum ini, Lee Min-ho, Ahn Hyo-seop dan Chae Soo-bin turut ditawar untuk terajui filem yang sama dan juga sedang menelitinya secara positif. Untuk pengetahuan, "Omniscient Reader's Viewpoint" adalah filem berdasarkan novel web, yang akan mengikuti kisah Kim Dok-ja (Ahn Hyo-seop) yang dunianya tiba-tiba berubah menjadi novel web yang dibaca. Jika Shin Seung-ho menerima tawaran ini, dia akan membawa watak sebagai Lee Hyun-sung, watak sokongan dalam novel yang dibaca Kim Dok-ja. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai filem ini! Sumber: Sports Chosun |