KimchiDaily Forum
Mesra Berpelukan, Ramai Teruja Nak Tonton Ahn Hyoseop & Jeon Yeobeen Dalam Drama Baru - Versi Cetak

+- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my)
+-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html)
+--- Forum: K-Drama (https://forum.kimchidaily.my/forum-4.html)
+--- Thread: Mesra Berpelukan, Ramai Teruja Nak Tonton Ahn Hyoseop & Jeon Yeobeen Dalam Drama Baru (/thread-175.html)



Mesra Berpelukan, Ramai Teruja Nak Tonton Ahn Hyoseop & Jeon Yeobeen Dalam Drama Baru - Fannie - 06-06-2023

Nampaknya, 2023 ini akan menjadi tahun yang sibuk buat Ahn Hyo-seop. 

BACA: Bikin Teruja, Ahn Hyoseop & Jeon Yeobeen Dilihat Jalani Penggambaran ‘A Time Called You’

Terbaru, Netflix Korea telah melancarkan foto baru menampilkan teraju utama drama "A Time Called You" iaitu Ahn Hyo-seop dan Jeon Yeo-been. Menerusi gambar yang dikongsi, kedua pelakon itu tampil mesra berpelukan sambil tersenyum memandang satu sama lain.

Untuk pengetahuan, “A Time Called You” mengisahkan tentang seorang wanita bernama Jun-hee (Jeon Yeo-been), yang berhadapan dengan kehilangan teman lelakinya walaupun selepas setahun berlalu. 

Pada suatu hari, dia mendapati dirinya tersesat kembali pada tahun 1998, dan bertemu dengan Si-heon (Ahn Hyo-seop), seorang lelaki muda yang kelihatan sama seperti teman lelakinya yang telah meninggal dunia.

[Gambar: Fx7CkPqakAE6ED0?format=jpg&name=medium]

Sementara itu, "A Time Called You" telah dijadualkan untuk menemui penonton pada separuh kedua 2023 ini. Nantikan!

Sumber: Joy News 24