![]() |
Kim Gunwoo Dilamar Bergandingan Bersama Kim Goeun Dalam 'Eunjung & Sangyeon' - Versi Cetak +- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my) +-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html) +--- Forum: K-Drama (https://forum.kimchidaily.my/forum-4.html) +--- Thread: Kim Gunwoo Dilamar Bergandingan Bersama Kim Goeun Dalam 'Eunjung & Sangyeon' (/thread-213.html) |
Kim Gunwoo Dilamar Bergandingan Bersama Kim Goeun Dalam 'Eunjung & Sangyeon' - suho-sari - 21-06-2023 Adakah Kim Gun-woo bakal bergandingan dengan Kim Go-eun dalam sebuah drama baru? Untuk pengetahuan, "Eunjung & Sangyeon" mengisahkan tentang seorang penulis skrip drama dan penerbitan filem, serta dua sahabat zaman kanak-kanak yang dipisahkan namun bersatu kembali selepas mereka dewasa. Menurut laporan media, Kim Gun-woo dilamar membawa watak Kim Sang-hak yang mencintai kamera lebih dari segalanya dan popular dengan semua orang kerana personaliti baiknya. Semasa di kolej, dia bertemu dengan Eun-jung di kelab dan kembali bertemu wanita itu semasa dewasa sebagai seorang pakar sinematografi. Dalam pada itu, pelakon lain yang turut menerima tawaran dari drama ini ialah Kim Go-eun dan Park Ji-hyun. Nantikan berita lanjut mengenai drama ini. Sumber: XSports News |