![]() |
Geum Saerok & Noh Sanghyun Sah Terajui 'Soundtrack #2' - Versi Cetak +- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my) +-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html) +--- Forum: K-Drama (https://forum.kimchidaily.my/forum-4.html) +--- Thread: Geum Saerok & Noh Sanghyun Sah Terajui 'Soundtrack #2' (/thread-217.html) |
Geum Saerok & Noh Sanghyun Sah Terajui 'Soundtrack #2' - suho-sari - 22-06-2023 Akhirnya Disney+ mengumumkan pasangan baru untuk kesinambungan siri "Soundtrack #2"! Kalau sebelum ini watak utama dipegang oleh Han So-hee dan Park Hyung-sik namun untuk “Soundtrack #2”, ianya bakal diterajui oleh Geum Sae-rok dan Noh Sang-hyun. Musim kedua ini akan membawa kisah seorang lelaki dan wanita yang jatuh cinta dengan satu sama lain semasa menyertai kelab pancaragam di kolej namun berpisah selepas 6 tahun bercinta. Selepas 4 tahun, mereka kembali bertemu bagi menyelesaikan salah faham dan kekecewaan. ![]() Khabarnya, Noh Sang-hyun akan berlakon sebagai Su-ho iaitu seorang CEO muda yang penat dengan kehidupan manakala Geum Sae-rok akan menjayakan watak Hyun-seo di mana dia berputus asa dengan impian utamanya dan hanya bekerja sebagai guru piano sementara kini. "Sountrack #2" khabarnya bakal tayang separuh kedua 2023. Sumber: Dailian |