![]() |
Kang Jiyong & Lee Gikwang Terajui Drama Aksi 'I Kill You' - Versi Cetak +- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my) +-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html) +--- Forum: K-Drama (https://forum.kimchidaily.my/forum-4.html) +--- Thread: Kang Jiyong & Lee Gikwang Terajui Drama Aksi 'I Kill You' (/thread-222.html) |
Kang Jiyong & Lee Gikwang Terajui Drama Aksi 'I Kill You' - suho-sari - 24-06-2023 Sepertinya idola yang popular ketika generasi kedua K-Pop iaitu Kang Ji-young dan Lee Gi-kwang bakal berlakon bersama! Kedua-dua mereka disahkan bakal menerajui drama "I Kill You", sebuah naskhah aksi yang membawa kisah Sun-woo, seorang bekas atlet Taekwondo dan muncul di media sebagai pewaris kaya Ji-yeon yang mempunyai rupa paras seiras dengannya. Dia terpaksa melakukan hal itu selepas dituduh menjadi dalam utama kepada satu insiden langgar lari dalam keadaan mabuk. Kang Ji-young akan membawa dua watak iaitu Sun Woo, seorang bekas pemain Taekwondo yang lahir dalam keluarga daif dan sebagai Ji-yeon iaitu pewaris kaya ketiga. Lee Gi-kwang pula melakonkan watak Ho-joong iaitu abang tirit Ji-yeon yang sering berasa kurang dari wanita itu namun memiliki impian untuk mewarisi harta keluarga. ![]() "I Kill You" sudah pun memulakan penggambaran dan bakal ditayangkan tak lama nanti. Sumber: Sports Chosun |