KimchiDaily Forum
'The First Responders 2' Umum Tarikh Tayangan Ogos Ini - Versi Cetak

+- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my)
+-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html)
+--- Forum: K-Drama (https://forum.kimchidaily.my/forum-4.html)
+--- Thread: 'The First Responders 2' Umum Tarikh Tayangan Ogos Ini (/thread-225.html)



'The First Responders 2' Umum Tarikh Tayangan Ogos Ini - Fannie - 27-06-2023

Ada berita gembira buat penonton yang sudah lama menantikan keluaran musim kedua "The First Responders"!

Terbaru pada 27 Jun, SBS telah mengumumkan tarikh tayangan "The First Responders 2" iaitu pada 4 Ogos nanti selepas tamatnya "Revenant". Menurut pasukan produksi,

Musim 2 'The First Responders' adalah drama yang pasukan produksi dan pelakon telah membuka jalan untuk drama kerjasama penyiasatan Korea, dan akan kembali dengan keseronokan yang hebat sekali lagi.

Bagi yang belum tahu, "The First Responders" yang diterajui Kim Rae-won, Son Ho-jun dan Gong Seung-yeon, akan berlatarbelakangkan tapak respon di antara polis memberkas penjenayah dan balai bomba yang memadamkan api.

Ianya akan menampilkan cerita detektif yang sentiasa menangkap sasarannya, paramedik yang tidak terlepas pandang sebarang kecederaan mahupun luka dan ahli bomba yang terus meluru ke dalam api marak.

Untuk musim kedua kali ini bukan sahaja akan ada anggota bomba dan polis bekerjasama, tetapi juga dengan penambahan pasukan Forensik Kebangsaan.

[Gambar: FzmTRyHXwAEtYVY?format=jpg&name=medium]

Nantikan "The First Responders 2" pada Ogos ini!

Sumber: Sports SeoulĀ