![]() |
Diterajui Namgoong Min & Ahn Eunjin, 'Lovers' Tayang Ogos Ini - Versi Cetak +- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my) +-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html) +--- Forum: K-Drama (https://forum.kimchidaily.my/forum-4.html) +--- Thread: Diterajui Namgoong Min & Ahn Eunjin, 'Lovers' Tayang Ogos Ini (/thread-227.html) |
Diterajui Namgoong Min & Ahn Eunjin, 'Lovers' Tayang Ogos Ini - suho-sari - 27-06-2023 Siapa dah lama tak menunggu drama terbaru Namgoong Min dan Ahn Eun-jin? Menurut laporan media Korea, "Lovers" disahkan bakal menemui penonton pada 4 Ogos ini di MBC. "Lovers" membawa kisah pasangan bercinta yang tercampak dalam kekalutan Peperangan Imjin. ![]() Namgoong Min akan membawa watak Lee Jang-hyun, seorang lelaki yang tak kisahkan apa-apa hingga dia bertemu seorang wanita dan membuka pintu dengan takdir tak dijangka. Ahn Eun-jin diberikan tanggungjawab melakonkan watak Yoo Gil-chae, seorang wanita yang membesar dengan baik dalam keluarga bangsawan tapi mulai matang apabila meratapi lelaki dalam perang itu. Nantikan! Sumber: OSEN |