KimchiDaily Forum
Tiffany Girls' Generation Sah Sertai Drama 'Uncle Samsik' - Versi Cetak

+- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my)
+-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html)
+--- Forum: K-Drama (https://forum.kimchidaily.my/forum-4.html)
+--- Thread: Tiffany Girls' Generation Sah Sertai Drama 'Uncle Samsik' (/thread-228.html)



Tiffany Girls' Generation Sah Sertai Drama 'Uncle Samsik' - suho-sari - 28-06-2023

Selepas "Reborn Rich", sepertinya Tiffany SNSD terus mengorak langkah dalam dunia lakonan.

Menurut agensinya, wanita itu disahkan bakal menyertai barisan pelakon drama "Uncle Samsik" di mana ia mengisahkan keghairahan kehidupan dua orang lelaki iaitu Uncle Samsik (Song Kang-ho) dan Kim San (Byun Yo-han) yang selamat menghadapi kehidupan menyesakkan pada awal 1960-an.

Bukan sahaja Song Kang-ho dan Byun-Yo-han, siri itu turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Lee Kyu-hyung dan Jin Ki-joo. malah mereka sedang menjalani penggambaran kini.

[Gambar: 94d5ba5e524442c38d49bc0fdfbfa919.jpg]

Walau bagaimanapun, tiada tarikh tayangan spesifik yang diumumkan lagi.

Nantikan!

Sumber: SPOTV News