![]() |
Secara Rasmi Debut Solo, Jungkook BTS Bakal Lancar Lagu 'Seven' Julai Ini - Versi Cetak +- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my) +-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html) +--- Forum: K-Pop (https://forum.kimchidaily.my/forum-5.html) +--- Thread: Secara Rasmi Debut Solo, Jungkook BTS Bakal Lancar Lagu 'Seven' Julai Ini (/thread-231.html) |
Secara Rasmi Debut Solo, Jungkook BTS Bakal Lancar Lagu 'Seven' Julai Ini - Fannie - 30-06-2023 Akhirnya, Jung-kook BTS akan melakukan debut solonya sebagai penyanyi tak lama lagi! Terbaru pada 30 Jun, BigHit Music mengumumkan bahawa Jung-kook akan memulakan aktiviti solonya dengan keluaran single digital baru berjudul "Seven" pada 14 Julai nanti. Menurut agensi, Hello. Ini adalah Bighit Music. Kami berbesar hati ingin memaklumkan kepada anda tentang keluaran 'Seven', single digital solo oleh Jung-kook BTS. 'Seven' ialah lagu musim panas yang menyegarkan, yang pasti akan membuatkan anda merasai keluasan daya tarikan Jung-kook. Kami berharap 'Seven' akan membawa keseronokan musim panas anda ke peringkat seterusnya. Semasa Jung-kook memulakan aktiviti solo rasminya, kami meminta anda untuk sentiasa menanti dan memberikan sokongan untuk single digitalnya dan banyak lagi aktiviti lain akan datang. Nantikan keluaran "Seven" pada 14 Julai ini jam 12 tengahari! Sumber: Big Hit |