KimchiDaily Forum
Lim Jiyeon Dilapor Bakal Sertai Ji Changwook & Jeon Doyeon Dalam Filem 'Revolver' - Versi Cetak

+- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my)
+-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html)
+--- Forum: Misc (https://forum.kimchidaily.my/forum-9.html)
+--- Thread: Lim Jiyeon Dilapor Bakal Sertai Ji Changwook & Jeon Doyeon Dalam Filem 'Revolver' (/thread-235.html)



Lim Jiyeon Dilapor Bakal Sertai Ji Changwook & Jeon Doyeon Dalam Filem 'Revolver' - Fannie - 04-07-2023

Siap sedia semua untuk tonton filem yang bakal dibintangi oleh ramai pelakon hebat!

Terbaru, Lim Ji-yeon dilapor telah menerima tawaran untuk muncul dalam filem "Revolver", dan sedang menjalani penggambaran kini.

Sebelum ini, Ji Chang-wook dan Jeon Do-yeon telah disahkan bakal terajui filem yang sama, menambah keterujaan penonton untuk melihat sinergi antara semua pelakon hebat tersebut.

Untuk pengetahuan, “Revolver” menceritakan kisah seorang bekas pegawai polis yang berusaha untuk mencapai matlamatnya. 

[Gambar: F0KT78_aAAAn9wB?format=jpg&name=medium]

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai filem ini!

Sumber: OSEN