KimchiDaily Forum
Lee Jiah & Kang Kiyoung Sah Terajui Drama Guaman 'The Ultimate Solver' - Versi Cetak

+- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my)
+-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html)
+--- Forum: K-Drama (https://forum.kimchidaily.my/forum-4.html)
+--- Thread: Lee Jiah & Kang Kiyoung Sah Terajui Drama Guaman 'The Ultimate Solver' (/thread-239.html)



Lee Jiah & Kang Kiyoung Sah Terajui Drama Guaman 'The Ultimate Solver' - suho-sari - 05-07-2023

Ada pasangan baru K-Drama untuk korang sokong gais!

Untuk pengetahuan, "The Ultimate Solver" mengisahkan tentang dua perunding/peguam perceraian yang sentiasa mementingkan keadilan, yang bersatu semula melalui penyelesaian sebuah kes. 

Lee Ji-ah akan membawa watak Kim Sa-ra, ketua di syarikat perundingan penceraian 'Solution'. Pernah menjadi menantu firma teratas di Korea, dia ditikam belakang oleh suaminya dan kehilangan segalanya.

[Gambar: jtbc-take-it-to-the-end-768x576.png]

Kang Ki-young akan berlakon sebagai Dong Ki-joon, rakan perniagaan Kim Sa-ra dan peguam penasihat di 'Solution'. Dia sangat tegas hingga digelar 'Sheperd' semasa aktif sebagai pendakwa raya. Dia mempunyai kemahiran hebat hingga mempunyai kadar pertama di Pejabat Pendakwaan Daerah Barat Daya. Tapi tanpa cerita, dia membuka jubahnya dan berhenti.

Walau bagaimanapun, "The Ultimate Solver" belum mempunyai tarikh tayangan yang pasti lagi.

Sumber: Star-In