'FML' SEVENTEEN Jadi Album Korea Pertama Dalam Sejarah Lepasi 6 Juta Jualan - Versi Cetak +- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my) +-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html) +--- Forum: K-Pop (https://forum.kimchidaily.my/forum-5.html) +--- Thread: 'FML' SEVENTEEN Jadi Album Korea Pertama Dalam Sejarah Lepasi 6 Juta Jualan (/thread-243.html) |
'FML' SEVENTEEN Jadi Album Korea Pertama Dalam Sejarah Lepasi 6 Juta Jualan - Fannie - 06-07-2023 Nampaknya, SEVENTEEN telah mencipta sejarah baru sebagai kumpulan K-Pop! Terbaru menurut kemas kini Circle Chart untuk minggu dari 25 Jun hingga 1 Julai, album ke-10 SEVENTEEN "FML" telah mencatat jualan sebanyak 6,233,008, kira-kira 2 bulan selepas ianya dikeluarkan pada April lalu. Dengan ini, "FML" merupakan album muzik Korea pertama dalam sejarah yang telah melepasi lebih 6 juta jualan, sekaligus menjadikan ia sebagai album Korea terlaris sepanjang zaman. Sementara itu, untuk minggu ini, "FML" telah menduduki di tempat ke-198 dalam carta 'Billboard 200' dan turut memasuki carta album itu untuk minggu ke-9 berturut-turut. Tahniah SEVENTEEN! Sumber: Sports Kyunghyang |