KimchiDaily Forum
Terajui 'King The Land' Kini, Lee Junho Bakal Lancar Lagu Baru Buat Peminat - Versi Cetak

+- KimchiDaily Forum (https://forum.kimchidaily.my)
+-- Forum: KCD Forum (https://forum.kimchidaily.my/forum-3.html)
+--- Forum: Misc (https://forum.kimchidaily.my/forum-9.html)
+--- Thread: Terajui 'King The Land' Kini, Lee Junho Bakal Lancar Lagu Baru Buat Peminat (/thread-244.html)



Terajui 'King The Land' Kini, Lee Junho Bakal Lancar Lagu Baru Buat Peminat - Fannie - 07-07-2023

Meskipun sedang sibuk dalam dunia lakonan, Lee Jun-ho akan turut menemui peminat sebagai penyanyi tak lama lagi!

Terbaru, Jun-ho mengumumkan bahawa dia akan mengeluarkan single solo baru berjudul "Can I" pada 23 Ogos ini dan akan meneruskan promosinya aktifnya sebagai artis solo di Jepun.

Kini, pelakon dan idola itu akan kembali ke Jepun dengan muzik baru buat kali pertama, selepas selesai menjalani khidmat ketenteraannya.

Sementara itu, "Can I" akan tersedia dalam tiga versi unik, dan akan mempersembahkannya kepada peminat di Jepun pada 22 Julai hingga 2 Ogos nanti.

[Gambar: F0ZT2a4aMAAfoUn?format=jpg&name=4096x4096]

Sama-sama kita nantikan!

Sumber: OSEN