22-05-2023, 03:26 PM
Baru-baru ini, Woo Do-hwan telah dikritik kerana memuat naik video adegan babak intim antaranya dan Bona WJSN di laman Instagram bagi meraikan episod akhir "Joseon Attorney".
Penonton yang ditebak sebagai peminat Bona telah meninggalkan banyak komen kritikan pada entri berkenaan dan meminta Woo Do-hwan supaya memadam video itu,
Seperti yang diketahui semua, Bona merupakan ahli kumpulan WJSN dan lakonan babak intim merupakan sesuatu yang tidak dilakukan kerana imej naifnya sebagai idola. Disebabkan itu, ada segelintir peminat yang mengecam Woo Do-hwan kerana memuat naik babak berkenaan.
https://twitter.com/_lwyo/status/1659999727557935105
Walaupun memadam entri berkenaan selepas menerima kritikan penonton, Woo Do-hwan akhirnya memberikan kenyataan rasmi menerusi media mengenai isu berkenaan,
Jelasnya,
Harap tiada yang salah faham lagi.
Sumber: TV Report

Kutipan:Perlu ke muat naik babak yang dipadam? Mesti ada sebab mengapa ia tidak disiarkan?
Seperti yang diketahui semua, Bona merupakan ahli kumpulan WJSN dan lakonan babak intim merupakan sesuatu yang tidak dilakukan kerana imej naifnya sebagai idola. Disebabkan itu, ada segelintir peminat yang mengecam Woo Do-hwan kerana memuat naik babak berkenaan.
https://twitter.com/_lwyo/status/1659999727557935105
Walaupun memadam entri berkenaan selepas menerima kritikan penonton, Woo Do-hwan akhirnya memberikan kenyataan rasmi menerusi media mengenai isu berkenaan,
Kutipan:Babak yang tidak disiarkan itu dimuat naik dengan persetujuan antara syarikat produksi dan pelakon lain. tanpa persetujuan bersama, agak sukar untuk memuat naik babak yang dipotong dari tayangan.
Jelasnya,
Kutipan:Saya memuat naiknya kerana tahu penonton menyukai drama ini, tiada niat lain. Namun terdapat segelintir yang kurang senang dengan entri berkenaan, jadi saya memadamnya.
Harap tiada yang salah faham lagi.
Sumber: TV Report