19-06-2023, 09:31 AM
Nampaknya kita ada pasangan baru yang akan di'ship' nanti dalam dunia K-Drama!
Terbaru, Ji Chang-wook dan Shin Hye-sun disahkan akan menerajui drama 'Welcome To Samdalri'.
Ia membawa kisah Jo Yong-pil (Ji Cahng-wook) yang bekerja sebagai pengkaji cuaca di kepulauan Jeju dan dia dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara di pejabat dan sentiasa bergaduh dengan ketua Pengurusan Meteorologi Korea.
Manakala Shin Hye-sun pula akan berlakon sebagai Cho Eun-hye, seorang jurugambar popular. Membesar di Jeju, wanita itu meninggalkan kepulauan kecil itu dan mencapai kejayaan hebat di Seoul dalam industri fotografi fesyen.
Dalam pada itu, JTBC menjangkakan kejayaan gandingan pasangan itu akan membawa saluran tersebut melakar sejarah untuk 2023 ini.
Nantikan!
Sumber: News Culture