KimchiDaily Forum
Masuk | Daftar
  • Kembali ke KimchiDaily.my
Masuk
Username:
Password:
Kehilangan Password?
 
KimchiDaily Forum › KCD Forum › K-Drama v
« Sebelumnya 1 ... 11 12 13 14 15 Selanjutnya »

tvN Tak Pasti Tarikh Tayangan 'Arthdal Chronicles 2'

Rating Thread:
  • 0 Memberi Suara - 0 Rata-rata
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Mode Berurutan
tvN Tak Pasti Tarikh Tayangan 'Arthdal Chronicles 2'
suho-sari Offline
Junior Member
**
Posting: 30
Threads: 30
Bergabung: Dec 2022
Reputasi: 2
#1
23-05-2023, 04:50 PM
Selepas pelbagai khabar angin, akhirnya tvN membuka mulut mengenai siaran musim kedua 'Arthdal Chronicles'.

Khabarnya, drama fantasi itu akan bersiaran pada September ini menerusi slot tayangan Sabtu-Ahad di saluran kebal itu.

Respon tvN mengenai khabar angin ini,

Kutipan:Kami merancang untuk menayangkan 'Arthdal Chronicles 2' pada separuh kedua ini.

[Gambar: arthdal-chronicles-2-tvn-studio-dragon.jpg]

Dalam pada itu, “Arthdal Chronicles” adalah sebuah naskhah epik tentang adiwira yang membina legenda sendiri dalam tanah mistik Arth. Untuk musim kali ini,  Lee Jun-ki akan membawa watak Eun-seom, Jang Dong-gun sebagai Ta-gon, Shin Se-kyung pula sebagai Tanya dan Kim Ok-bin akan menghidupkan watak Tae Al-ha.

Semasa musim pertamanya, drama itu merekodkan rating yang rendah berbanding jangkaan dek beberapa kritikan melibatkan plot yang kurang meyakinkan dan tuduhan plagiat. Walaupun melalui sedikit kesukaran, namun ianya tetap dipilih untuk mendapat sambungan baru.
Nantikan kemas kini lain mengenai siri ini.

Sumber: E-Daily
Temukan
Balas
« Terlama Selajutnya | Terbaru Selanjutnya »


  • Tampilkan Versi Cetak
Menuju Forum:


Pengguna yang membaca thread ini: 1 Tamu
  • Hubungi Kami
  • KimchiDaily Forums
  • Kembali Ke Atas
  • Mode Lite (Arsip)
  • Tandai Semua Forum Baca
Waktu Saat Ini: 10-05-2025, 10:12 PM 2025 © Nara Media Sdn Bhd (1040059-W). All Rights Reserved.Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia (1252413-W).